Thursday, October 7, 2010

Selamat Tinggal Sahabat Terbaikku

Gelak tawa mereka menerjah ke
bilik sebelah. Boleh dikatakan
setiap hari pasti mereka akan
dimeriahkan dengan gelak tawa
walaupun hanya sekadar
gurauan kecil. Ada sahaja yang
menjadi topik perbualan
sehingga mendatangkan gelak
tawa yang sangat dicemburui
oleh orang yang mendengar
tawa itu. Sesibuk mana pun
mereka, jarang sekali mereka
tidak bertegur sapa. Walaupun
ada di antara mereka bukanlah
penghuni bilik ini, tetapi mereka
serasi.
Apabila malam menjelma, pasti
mereka akan duduk semeja di
sebuah kedai berhampiran kolej.
Bersama-sama melangkah sambil
bergurau senda, bergelak
ketawa. Riang seperti burung
yang bebas berterbangan di
angkasa. Gembira ibarat
pungguk temui bulannya.
Berempat berjalan seiringan
menuju ke depan. Sesekali
menoleh ke belakang kemudian
kembali tertawa.
"Malam ni nak makan kueteaw
kungfu."
"Selalu pun ko order kueteaw
kungfu la."
Gelak tawa kembali mengetuk
gegendang telinga. Fazira,
sememangnya setiap malam
akan memesan kueteaw kungfu.
Baginya kueteaw kungfu terbaik
adalah kueteaw kungfu yang
dimakan di kedai Hafiz.
Walaupun setiap malam
menjamah makanan yang sama,
dia tidak jemu-jemu. Seperti
mana melayan teman-temannya.
"Jomlah melintas sekarang,
kereta dah tak ada."
Cepat-cepat mencapai tangan
salah seorang dari temannya. Dia
tidak berani melintas jalan.
Bukan tidak berani cuma
berhati-hati. Sesekali tangan
Melly dicapainya, mungkin juga
Arifah atau kadang-kadang
Farah menjadi mangsa. Itu
perkara biasa bagi mereka.
sudah faham benar dengan
situasi yang akan dihadapi
mereka.
Hanya kebelakangan ini, Fazira
agak menjauh. Selepas hari itu,
tidak lagi kelihatan senyuman
meniti dibibir Fazira. Silapnya
dimana mereka tidak pasti.
Selepas dua hari menjalankan
tugas sebegai volunteer kepada
satu acara di Damansara, dia
mula berubah. Seperti mahu
melarikan diri dari teman-
temannya. Puas difikirkan
mengapa harus begitu jadinya?
"Kenapa eh tiba-tiba masam aje,
Fafa tu?"
"Dia kecik hati dengan ko la, ko
bahan dia malam tu."
Masing-masing teringatkan
peristiwa malam sebelum Fazira
pergi menunaikan kewajipannya.
Adakah mereka terlalu kasar
bergurau dengan dia? Atau dia
memendam perasaan mengenai
hal lain? Tidak pasti apa yang
harus dibincangkan jika mereka
bertanya kepada Fazira. Adakah
mungkin kerana teman-
temannya tidak memberi ucapan
hari lahir kepadanya?
"Kita beli kek nak? Kita share la.
Dia merajuk kita lupa birthday
dia kot?"
"Ok, jugak."
Lantas Sabil dan Melly
melaksanakan cadangan yang
tidak seberapa itu. Arifah pula
tiada bersama kerana keluar
bertemu dengan temannya yang
lain. Sambutan yang tidak
seberapa itu telah diadakan di
dalam bilik. Selepas lampu
dipadam dan lilin dihidupkan
mereka menunggu Fazira
kembali ke bilik. Tidak lama
kemudian Fazira kembali.
"Happy birthday to you, happy
day to Fazira, happy birthday to
you."
Seketika wajah Fazira yang sudah
beberapa hari tidak manis, telah
diwarnai dengan senyuman.
Sebaik sahaja meniup lilin dan
memotong kek, mereka mula
bergelak ketawa buat seketika.
Selepas bermain dengan krim
kek, mereka kemudian
menjamah kek. Beberapa potong
kek diberikan kepada teman-
teman lain. Ila, Wani dan
Sakinah, penghuni baru bilik itu
turut sama menjamah kek yang
tidak seberapa ini.
Namun senyuman manis itu tidak
kekal selamanya. Selepas
seketika, Fazira kembali dengan
tugasnya. Senyumannya juga
telah hilang. Sabil, Melly dan
Farah agak terkilan. Tetapi
apakan daya mereka sudah
buntu. Sudah tidak tahu apa
yang patut mereka lakukan
supaya Fazira kembali seperti
dahulu. Mereka mahukan Fazira
yang dulu tetapi Fazira sudah
menjadi Fazira yang baru.
Sejak malam itu, hubungan
mereka dengan Fazira mula
rengang. Kini tidak lagi makan
semeja. Malah tidak lagi
bergurau bersama. Dia makan
bersama teman-teman barunya.
Mungkin dia lebih selesa yang
teman-teman baru. Lantas dia
melupakan teman lama yg sudah
beberapa tahun rapat
dengannya. Apa daya,
sedangkan ombak dilaut boleh
berubah inikan pula manusia.
Kini hilanglah seorang kawan
terbaik yang pernah mereka
kenali. Namun mereka masih
mempunyai antara satu sama
lain. Tiada Fazira mereka masih
bergembira. Masih seperti biasa.
Mampu bergurau senda da
bergelak tawa.
*****
Semester baru kembali lagi. Kini
mereka tidak lagi menghuni bilik
yang sama apabila pihak
pengurusan berpendapat semua
penghuni asrama tidak
dibenarkan memilih bilik
mahupun teman. Selepas
mendaftarkan diri di asrama,
nyata mereka tidak lagi
menghuni bilik yang sama. Bagi
Fazira itu adalah hal biasa. Dia
tidak kisah dengan siapa dia
akan tinggal. Kerana dia sendiri
mungkin tidak mahu menghuni
bilik yang sama dengan teman
sebilik yang lama.
Kedudukan bilik yang berlainan
tingkat menyebabkan sedikit
sukar mahu bertemu antara satu
sama lain. Apatah lagi kelas
mereka sama sekali tidak sama
waktunya. Apatah lagi selepas
beberapa minggu memulakan
kelas, Ramadan pun menjelma.
Permulaan semester yang tidak
teratur menyebabkan masing-
masing sibuk mengemas kini
jadual. Hanya sempat makan
tengah hari bersama-sama.
Mungkin beberapa kali makan
malam bersama.
Sejak itu bermulalah kisah baru
antara Melly, Arifah Sabil dan
Farah. Terfikir sejenak,
bagaimana harus dilalui masa
yang akan datang? Mereka tidak
lagi bersama. Tentu akan
berlaku salah faham antara
mereka. Mungkin juga ya
mungkin juga tidak. Tetapi
melihatkan situasi sekarang, pasti
semua orang pun tahu. Mereka
ada haluan masing-masing.
Farah termenung dibalkoni
sambil menikmati siulan angin.
Kemudian terdengar namanya
dipanggil. Sabil sedang memanjat
tangga menuju biliknya ditingkat
tiga. Selepas seketika berbasa-
basi Farah kembali bersendirian.
Begitu juga selepas beberapa
hari. Namun masih tiada perasan
cemburu ataupun marah. Masih
tenang melayan perasan.
Tatkala Ramadan menjelang tiba,
ligat fikirannya bermain dengan
soalan. Bagaimana harus dilalui
Ramadan kali ini? Ramadan
pertama yang akan dilalui
dengan teman-teman baru pasti
agak sukar. Apatah lagi waktu
kelas yang tidak seperti dahulu.
Bagi Farah inilah Ramadan paling
sukar untuk dihabiskan. Awal
Ramadan Melly dan Arifah
pulang ke kampung. Sabil pula
semestinya akan pulang,
rumahnya hanya sejengkal dari
kolej.
Hari demi hari berlalu. Semakin
lama semakin hampir tiba
Syawal. Namun tidak sekali pun
mereka berbuka bersama. Tetapi
apabila menjengah ke bilik Melly
dan Arifah mereka tiada.
Terbantut rancangan mahu
mengajak mereka berbuka.
Bertemankan Ila, Farah menapak
ke bazar berhampiran sendiri.
Mujurlah ada Ila, dapat juga
menjadi teman Farah.
Semakin hari semakin jauh
hubungan antara Farah, Melly
dan Arifah. Apatah lagi dengan
Sabil yang hanya akan berbasa-
basi ketika dia mahu memanjat
tangga. Segala-galanya berubah.
Mereka tidak lagi makan
bersama seperti dahulu. Pernah
sekali Farah terasa hati apabila
ketika dia sedang berbicara
dengan Melly, tiba-tiba Wani
hadir serentak itu juga pertanya
Farah tergantung tidak dijawab.
Sebaliknya Melly tiba-tiba
mempunyai idea yang lebih
mesra untuk berbicara.
"Ingatkan nak ajak dia keluar.
Dia banyak hal pulak dengan
Wani." Bebel Farah sendiri.
Sambil menuruni anak tangga,
Farah berpaling. Mesra benar
mereka sekarang. Bukan sekali.
Bukannya dua. Mungkin mereka
sering bersama. Mungkin mereka
selalu bertemu. Tetapi,
bukankah tidak kerap bertemu
lebih banyak hal dapat
dibualkan? Salah tanggapan itu.
Semakin jauh, semakin pudar
rasa mahu berbual.
Cemburu. Marah. Mungkin.
Tidak pasti apakah perasaan
yang sedang ditanggung Farah.
Tetapi jauh disudut hati dia
terkilan. Pernah beberapa kali
dia melihat mereka keluar tetapi
dia langsung tidak tahu ke mana
dan kenapa? Bertemankan
laptop buruk yang semakin
nazak, Farah menulis. Bercerita
akan tentang hati luka. Adakah
Fazira berubah kerana hal yang
sama? Kerana hadirnya Farah,
seperti mana Farah terasa
apabila hadirnya Wani dalam
kehidupan mereka?
Bertemankan lagu-lagu yang
berkumandang docorong radio,
dia menghabiskan masa-masa
yang terluang untuk mencoret
segala hal yang sedang dia lalui,
yang direka sendir dan segala
hal yang berkaitan dengan
hidup. Saat mata hampir terlena,
tiba-tiba sebuah lagu
berkumandang. Liriknya seakan
boleh dijadikan tajuk kepada
sesuatu yang mahu dicoretkan.
Walaupun tema lagu ini adalah
cinta, tetapi selepas difahami,
bait-bait lagu ini sesuai untuk
seorang insan bernama kawan.
Selepas sedikit pertukaran
kekasih kepada kawan, lagu ini
ditujukan kepada mereka yang
pernah membahagiakan seorang
Farah yang digelar kawan.
Katakan ini hanya
Hanyalah mimpi
Yang seharusnya tak kau
katakan
Bagaikan petir di siang hari
Menghanguskan aku
Selamat tinggal kawan, selamat
sahabatku
Kawan terbaik yang pernah
singgah dihatiku
Jangan pernah kembali
Duhai sayangku
Jikalau aku selalu
Menghambat langkahmu
Semua ku lakukan kerana
sayangku
Ternyata kau salah menilai
Selamat tinggal kawan selamat
sahabatku
Kawan terbaik yang pernah
singgah dihatiku
Jangan pernah kembali jangan
pernah ke sini
Kawan terbaik yang pernah
singgah dihatiku
Untuk kawan-kawanku
Kawan, tak terniat langsung
untuk sengaja menyibukan diri.
Apalagi mahu mengelak diri.
Tetapi semakin hari, kita seolah-
olah melarikan diri. Kau dan
aku, semakin jauh walaupun
sekadar 10 anak tangga
jaraknya. Tetapi amat berat
untuk kau melangkah mendaki
10 anak tangga yang tidak
seberapa. Dan aku terlalu berat
melangkah untuk singgah
sebelum 10 anak tangga lagi ku
daki. Walaupun "mmg dah
notice diorg layan org
camtu...dah sorg lg kawan aku
tu pon kene gak camtu,tp die
wat bodo je...lgpon bilik tu
bukan diorng yg punye
pon,bayar pon sama2". Mungkin
ada sedikit perbezaan antara apa
yang berlaku kepada aku dan
kawan kau yang kau maksudkan.
Kawan, jangan terasa hati. Ini
hanya luahan hati yang tak
seberapa. Lebih baik disuarakan
daripada mendiamkan diri dan
tidak tahu apa sebab musabab.
Sekurang-kurangnya kita tahu,
siapa salah siapa tidak. Kita juga
akan tahu salah faham atau
sengaja buat salah.
Kawan, maafkanlah aku andai
bicara kasar aku membuatkan
kau berkecil hati. Menggunakan
penulisan sebagai jalan
meluahkan perasaan
membuatkan aku lebih puas. Tak
sanggup aku meluahkan dengan
kata-kata. Sesungguhnya kata-
katanya lebih berbisa.

No comments:

Post a Comment